EPL: Pemain Chelsea positif ujian doping, bakal digantung sementara
Astro Arena
Disember 18, 2024 11:30 MYT
Disember 18, 2024 11:30 MYT
BINTANG terkemuka Chelsea, Mykhailo Mudryk, bakal dikenakan tindakan penggantungan daripada sebarang aktiviti bola sepak susulan keputusan ujian doping ke atas dirinya, semalam.
Pemain kebangsaan Ukraine itu didakwa menggunakan bahan terlarang apabila sampel pertama ujian urinnya menunjukkan tanda positif mengakibatkan dirinya diharamkan sementara bermain bola sepak.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh gergasi Liga Perdana Inggeris itu, Chelesa akan menyokong program tersebut selain bekerjasama untuk mencari punca kepada penemuan pemeriksaan doping itu.
Begitupun, Mudryk juga terkejut dengan berita itu sambil mengesahkan bahawa dirinya tidak pernah mengambil sebarang unsur dadah bagi membantu mendapatkan prestasi terbaik.
"Ini adalah kejutan besar dalam diri saya kerana saya tidak menggunakan apa-apa bahan yang melanggar peraturan. Saya akan memberi kerjasama penuh untuk menyiasat perkara ini.
"Saya tahu saya tidak membuat kesalahan dan berharap dapat kembali bermain tidak lama lagi," katanya menerusi Instagram.