EPL: Pasukan kedua tercorot nafi kemenangan Manchester United
Astro Arena
Februari 14, 2021 06:32 MYT
Februari 14, 2021 06:32 MYT
WEST BROM 1 MANCHESTER UNITED 1
Manchester United tercicir mata buat kali keempat kalinya dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila terikat 1-1 di West Brom, sekali gus menjejaskan usaha mereka mencabar Manchester City di puncak.
Pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu gah turun dengan rekod tanpa kalah di tempat lawan dalam 19 perlawanan, malam tadi, namun sekali lagi berputih mata untuk dipisahkan dengan seteru kota tersebut yang masih memiliki kelebihan satu perlawanan.
The Red Devils, seperti semakin menjadi kebiasaan apabila dikejutkan dengan gol kontroversi Mbaye Diagne yang menanduk masuk hantaran silang Conor Gallagher seawal minit kedua sebelum pelawat menyamakan kedudukan melalui Bruno Fernandes -- seminit sebelum waktu rehat untuk meraikan jaringan ke-50 buat juara 20 kali itu selepas 20 perlawanan liga sejak 2012-13.
Mereka terus mencengkam permainan malah sempat dikecewakan pembatalan sepakan penalti yang pada awalnya dihadiahkan oleh pengadil disusuli kecekapan bekas produk United, Sam Johnstone, yang menepis tandukan Harry Maguire sebelum bola menuju ke tiang dalam masa kecederaan bagi memastikan pasukan kedua tercorot itu terus menghidupkan peluang untuk kekal pada musim depan.
#Manchester United
#EPL
#Manchester City
#West Bromwich Albion
#Bruno Fernandes
#Mbaye Diagne
#gol kontroversi
#sepakan penalti
#batal
#pengadil
#Harry Maguire
#pasukan kedua tercorot