EPL: Onana kecewa United tewas di laman lawan

Astro Arena
Ogos 25, 2024 10:30 MYT
Andre Onana kecewa dengan kegagalan pasukannya meraih sebarang mata dalam aksi kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Brighton and Hove Albion di Stadium Amex semalam.
PENJAGA gol Manchester United, Andre Onana, ternyata kecewa dengan kegagalan pasukannya meraih sebarang mata dalam aksi kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Brighton and Hove Albion di Stadium Amex semalam.
United gagal meneruskan rentak kemenangan 1-0 ke atas Fulham dalam aksi pembukaan ketika bertandang ke laman Brighton, tewas 1-2.
The Red Devils yang berusaha untuk membentuk momentum di awal musim bagaimanapun berdepan langkah kiri menjelang pertemuan ketiga liga bertemu Liverpool.
Selepas tamat perlawanan, Onana yang dihubungi TNT Sports berkata, “Sudah tentu saya sangat kecewa jika anda bertanyakan perasaan saya selepas perlawanan ini.
"Sasaran kami adalah untuk menang namun ia amat memalukan kerana kami tewas.
"Pasukan telah bermain baik berbanding lawan. Kami mencipta lebih banyak peluang dan mengawal permainan.
"Cukup mengecewakan selepas gol kedua United dibatalkan. Namun kami perlu menerima inilah bola sepak dan kami perlu melihat ke hadapan.
"United perlu kekal bersatu, terutamanya apabila berdepan situasi sukar seperti ini.
"Kami perlu kekal positif, ini hanya perlawanan kedua musim ini." - Stadium Astro
#EPL #Andre Onana #Manchester United #Brighton and Hove Albion
;