EPL: Noussair Mazraoui syukur mentalitinya sudah berubah

Astro Arena
September 12, 2024 14:32 MYT
Pemain kelahiran Maghribi itu menyertai The Red Devils dari Bayern Munich dan mempamerkan persembahan cemerlang. - Stadium Astro
PERUBAHAN mentaliti sangat penting bagi pemain baharu Manchester United, Noussair Mazraoui, yang mahu meningkatkan tahap permainannya kepada lebih profesional dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pemain kelahiran Maghribi itu menyertai The Red Devils dari Bayern Munich dan mempamerkan persembahan cemerlang salain bersedia membantu skuad kendalian Erik ten Hag mencipta kemenangan bertemu Southampton, Sabtu ini.
"Apabila saya menjadi lebih tua dan matang, banyak perkara masih 50-50 dan kejayaan tidak menentu.
"Sama ada anda buktikan sepenuhnya atau mencuba setakat itu sahaja.
"Saya tidak lagi menoleh ke belakang sebaliknya terus memberi fokus di hadapan kerana saya mempunyai matlamat dan tidak mahu menyesali seumur hidup saya," katanya. -- Stadium Astro
#Noussair Mazraoui #EPL #perubahan mentaliti #Manchester United
;