EPL: Mount selamatkan Chelsea daripada diaibkan Southampton

Astro Arena
Februari 20, 2021 23:55 MYT
Mason Mount (kanan) berebut bola dengan pemain Southampton Oriol Romeu ketika perlawanan EPL antara Chelsea dan Southampton di Stadium St. Mary's, Southampton, England, 20 Feb, 2021. (Foto AP)
GOL sepakan penalti dalam babak kedua oleh Masont Mount memastikan Chelsea mengikat Southampton 1-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di gelanggang lawan malam tadi.
The Saints mendahului hasil percubaan pertama mereka di Stadium St Mary apabila Takumi Minamino menjadi pemain lawan pertama menjaringkan gol ke atas Chelsea sejak dibimbing Thomas Tuchel pada minit ke-33.
Mount memenangi sepakan penalti dan menyudahkannya dalam babak kedua untuk merekodkan jaringan EPL keempatnya musim ini -- kesemuanya ketika Chelsea beraksi di laman lawan -- untuk skuad The Blues itu melonjak ke tangga keempat.
Tandukan Jannik Vestergaard kemudian terkena palang tetapi Southampton sekurang-kurangnya menamatkan rekod enam kekalahan berturut-turut dan terpisah 11 mata daripada zon penyingkiran.
Kebanyakan percubaan awal Chelsea terbit menerusi Marcos Alonso, yang melepaskan satu voli daripada kedudukan terbaik selepas menerima umpanan Reece James.
Pasukan pelawat itu menikmati 73 peratus penguasaan bola dalam setengah jam pertama tetapi mereka hanya dapat melakukan percubaan tepat menerusi Antonio Rudiger yang mudah diselamatkan penjaga gol, Alex McCarthy.
Southampton kemudian meraih gol pendahuluan menerusi percubaan pertama mereka, Minamino mengatasi penjaga gol, Edouard Mendy, dan Cesar Azpilicueta sebelum menjaringkan gol selepas memanfaatkan hantaran mengelirukan Nathan Redmond.

3 - Takumi Minamino has scored three goals in his last five Premier League appearances, having scored none in his first 17 in the competition beforehand. He now has more Premier League goals in three games for Southampton (2) than in 19 for Liverpool (1). Opener. pic.twitter.com/1UoyjHvnDQ

— OptaJoe (@OptaJoe) February 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
The Saints kental bertahan sehingga minit ke-54 sebelum Mount menyudahkan sepakan penaltinya selepas dijatuhkan terjahan gegabah Danny Ings.
Skuad kendalian Ralph Hasenhuttl itu memberikan reaksi baik dan hampir kembali berada di depan apabila tandukan Vestergaard terkena palang biarpun Mendy telah tertewas.
Mount dan Callum Hudson-Odoi memberikan ancaman pada lewat permainan tetapi Chelsea menamatkan separuh masa kedua itu dengan hanya satu percubaan tepat dan kelihatan tumpul di depan gawang.
#Chelsea #Liverpool #EPL #Liga Perdana Inggeris #Masont Mount #Southampton #Takumi Minamino