EPL: Mason Mount bantu Chelsea raih kemenangan

Astro Awani
Januari 17, 2021 09:26 MYT
Mason Mount menjaringkan gol ketika perlawanan EPL antara Fulham dan Chelsea di Craven Cottage, London, 16 Jan, 2021. (AP)
CHELSEA berjaya meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Fulham 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
Bermain di tempat lawan, seorang pemain Fulham, Antonee Robinson dilayangkan kad merah kerana membuat asakan bahaya terhadap Cesar Azpilicueta.
Ia memberi kelebihan kepada Chelsea untuk meneruskan permainan melawan 10 pemain Fulham.
Beberapa percubaan untuk membolosi pintu gol Fulham gagal dilakukan pada babak pertama.
Di akhir babak kedua, gol tunggal disumbangkan Mason Mount pada minit ke-78.
Kemenangan meletakkan Chelsea di kedudukan ketujuh liga dengan 29 mata, manakala Fulham di tangga ke-18.
#Chelsea #EPL #Mason Mount #Fulham #Cesar Azpilicueta #asakan #kad merah #Liga Perdana Inggeris #Antonee Robinson
;