EPL: Martin Zubimendi tolak lamaran Liverpool
Astro Arena
Ogos 13, 2024 09:20 MYT
Ogos 13, 2024 09:20 MYT
Zubimendi yang juga pemain Real Sociedad telah menolak pelawaan berkenaan dalam sesi perbincangan rasmi bersama Liverpool.
HASRAT Liverpool untuk mendapatkan pemain Real Sociedad, Martin Zubimendi, nampaknya tidak kesampaian apabila pemain tengah bertahan itu dilaporkan menolak tawaran berkenaan.
Menurut pakar bola sepak, Fabrizio Romano, pemain berusia 25 tahun itu telah menolak pelawaan berkenaan dalam sesi perbincangan rasmi bersama kelab tersebut.
Real Sociedad dilaporkan akan mengekalkan pemain berkenaan dengan satu kesepakatan baharu. - Stadium Astro