EPL: Marcus Rashford diberi kata dua kunjungi kelab malam

Astro Arena
November 4, 2023 09:30 MYT
Reaksi Rashford selepas diganti semasa perlawanan EPL antara Manchester United dan Manchester City di Old Trafford, Manchester, Britain, 29 Okt 2023. - REUTERS
PENGURUS Manchester United, Erik ten Hag, langsung tidak dapat menerima tindakan Marcus Rashford mengunjungi kelab malam selepas kekalahan memalukan 'derby' kepada Manchester City, hujung minggu lalu.
Pemain tempatan itu sekadar menyumbangkan satu gol buat The Red Devils untuk permulaan terburuk -- baik peringkat individu dan kolektif.
Prestasi itu jauh berbeza ketika menyaksikannya meledak 30 gol untuk United musim lalu dan keputusannya di luar padang menjadi persoalan selepas kekalahan 3-0 kepada City Ahad lalu.
Laporan muncul pada hari berikutnya bahawa pemain antarabangsa England berusia 26 tahun itu telah berkunjung ke kelab malam Chinawhite untuk meraikan majlis hari jadinya yang telah diatur beberapa jam selepas kekalahan Old Trafford.

Full backing from the boss, @MarcusRashford #MUFC || #PL

— Manchester United (@ManUtd) November 3, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Ya, saya sedar mengenainya,” kata pengurus itu mengenai tindak tanduk anak buahnya tersebut selepas derby.
“Saya sudah menasihatinya.
"Ia tidak boleh diterima dan saya memaklumkannya.
"Dia meminta maaf dan itu sahaja. Selebihnya ia adalah soal dalaman."
#Manchester United #Marcus Rashford #EPL #Erik ten Hag
;