EPL: Manchester United umum ketibaan Matthijs de Ligt, Noussair Mazraoui dari Bayern Munich

Astro Arena
Ogos 14, 2024 01:30 MYT
Manchester United hari ini mengumumkan ketibaan dua bintang Bayern Munich, Matthijs de Ligt (kiri) dan Noussair Mazraoui, dalam perpindahan yang hampir mencecah 60 juta pound (RM343.97 juta).
MANCHESTER United hari ini mengumumkan ketibaan dua bintang Bayern Munich, Matthijs de Ligt dan Noussair Mazraoui, dalam perpindahan yang hampir mencecah 60 juta pound (RM343.97 juta).
De Ligt menandatangani kontrak lima tahun manakala Mazraoui pula empat tahun, di mana kedua-duanya memiliki pilihan untuk melanjutkannya setahun lagi.
Mazraoui berpotensi untuk melakukan penampilan segera di posisi sayap kiri selepas Luke Shaw disahkan mengalami kecederaan menjelang aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Fulham awal pagi Sabtu ini.
United bersetuju untuk mengeluarkan perbelanjaan 38.5 juta pound (RM220.71 juta) dengan bayaran tambahan 4.3 juta pound (RM24.65 juta) untuk mendapatkan pemain pertahanan tengah berusia 25 tahun, De Ligt, yang merupakan kapten pasukan Ajax sewaktu dibimbing Erik ten Hag ketika mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada 2019.
Mazraoui juga pernah berkhidmat di bawah bimbingan Ten Hag sewaktu di Ajax. - Stadium Astro
#Manchester United #Matthijs de Ligt #Noussair Mazraoui #EPL