EPL: Manchester United seperti 'tidak dihormati' - Kapten Liverpool

Astro Arena
Januari 7, 2025 09:15 MYT
Reaksi Virgil van Dijk ketika perlawanan EPL antara Liverpool dan Fulham, di Stadium Anfield, Liverpool, England, 14 Dis 2024. - Gambar fail AP
KAPTEN Liverpool, Virgil Van Dijk, beranggapan Manchester United seperti 'tidak dihormati' selepas pasukan itu melakar keputusan seri 2-2 berdepan pasukannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield, semalam.
Gol penyamaan daripada Amad Diallo menafikan tiga mata yang hampir diraih The Reds selepas Mohamed Salah menjaringkan gol untuk mendahului United menerusi sepakan penalti pada minit ke-70.
Skuad kendalian Arne Slot itu sebelum ini dijangkakan akan meraih kemenangan mudah susulan Manchester United masih bergelut untuk mencapai momentum terbaik mereka selepas kalah dalam tiga perlawanan berturut-turut.
Van Dijk berasakan lawannya itu dipandang rendah semasa dalam sesi persiapan sebelum perlawanan bermula.
"Adakah saya rasa United tidak dihormati? Ya. Saya dengar dalam sidang media, seseorang bertanyakan sama ada kami akan menggunakan pemain simpanan menentang mereka.

Skipper pic.twitter.com/uOrYu7EHaB

— Liverpool FC (@LFC) January 6, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya terkejut. Ia adalah salah satu perlawanan terbesar musim ini dan mereka akan sentiasa menjadikannya sukar. Mendengar perkara itu, saya terkejut.
"Kami beraksi menentang lawan yang bagus. Saya rasa semua orang dalam dunia ini lupa. Mereka pemain yang bagus. Mereka jelas sedang proses seperti kami, tetapi mereka menyukarkan kami." katanya.

Manchester United's midfield trio of Manu Ugarte, Bruno Fernandes and Kobbie Mainoo won a combined 25 ground duels in Sunday's draw vs. Liverpool Deserved a win pic.twitter.com/Bg8pJompZq

— ESPN FC (@ESPNFC) January 5, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Virgil Van Dijk #Manchester United #Liverpool #bola sepak
;