EPL: Manchester United hanya mampu seri lagi

Astro Arena
April 14, 2024 09:40 MYT
Keputusan akhir perlawanan menyaksikan Manchester United jatuh ke tangga ketujuh liga sambil berkongsi mata dengan Newcastle United di tangga ke keenam. - Foto REUTERS
BOURNEMOUTH 2-2 MANCHESTER UNITED
Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi menyaksikan pertembungan di antara Bournemouth menentang Manchester United berakhir dengan keputusan 2-2.
Pada perlawanan pertama tempoh hari, United tewas 0-3 kepada Bournemouth di stadium Old Trafford.
Namun, mereka hanya mampu mencatatkan keputusan seri sahaja pada perlawanan kali ini.
Kedua-dua pasukan bermula dengan sangat baik akan tetapi, tuah menyebelahi Bournemouth yang terlebih dahulu menjaringkan gol pembukaan oleh penyerang berbisa mereka, Dominic Solanke, pada minit ke-16.
Tidak lama kemudian, ketua pasukan The Red Devils, Bruno Fernandes, menambah koleksi gol peribadinya yang ketujuh musim ini apabila jaringannya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-31.
Sebelum tamat separuh masa pertama, Justin Kluivertz, kembali meletakkan Bournemouth di hadapan hasil kelompongan di bahagian kiri Manchester United.
Pemain kebangsaan Portugal, Bruno Fernandes, sekali lagi menjadi watak penting apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Bournemouth, Smith.
Keputusan akhir perlawanan menyaksikan Manchester United jatuh ke tangga ketujuh liga sambil berkongsi mata dengan Newcastle United di tangga ke keenam. - Stadium Astro
#EPL #Manchester United #Bournemouth #seri
;