EPL: Manchester United dijangka perkenal Rasmus Hojlund hujung minggu ini
Astro Arena
Ogos 4, 2023 11:55 MYT
Ogos 4, 2023 11:55 MYT
MANCHESTER United dijangka akan memperkenalkan Rasmus Hojlund sebagai pemain terbaru mereka dalam aksi persahabatan menentang Lens hujung minggu ini, demikian dilaporkan agensi berita, PA.
Penyerang Denmark berusia 20 tahun itu difahamkan telah melengkapkan ujian perubatannya selepas United pada minggu lalu mencapai kesepakatan bernilai £64 juta (RM370.52 juta) dan potensi bayaran tambahan sebanyak £8 juta (RM46.31 juta) dengan Atalanta.
Hojlund dilaporkan telah bersetuju untuk mengikat kontrak lima tahun dengan pilihan untuk melanjutkannya semusim lagi di Old Trafford, sekali gus menjadi pemain ketiga ditandatangani Erik ten Hag musim panas ini.
Selain Hojlund, United sebelum ini turut menandatangani bekas perancang Chelsea, Mason Mount, pada Jun lalu selain bekas penjaga gol Inter Milan, Andre Onana, bulan lalu.
Untuk Rekod, Hojlund menyertai Atalanta daripada Sturm Graz musim panas lalu dan dia kemudian menjaringkan sembilan gol daripada 32 penampilan.