EPL: Man Utd kurang senang Erik ten Hag 'mulut tempayan'
Astro Arena
Jun 22, 2024 17:45 MYT
Jun 22, 2024 17:45 MYT
ERIK ten Hag dilaporkan telah menyinggung perasaan pihak atasan di Manchester United berikutan pendedahan mengenai rundingan mereka di Ibiza.
Pengurus kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sedang menikmati percutian sebelum dikunjungi wakil kelab berkenaan bagi mengesahkan jawatannya biarpun Thomas Tuchel secara terang-terangan menolak tawaran kerja di Old Trafford.
Malah, bekas penyerang tersohor EPL, Alan Shearer, juga kebingungan dengan situasi yang berlaku, secara tidak langsung menggambarkan kepincangan kelab itu dalam menangani konflik di bilik persalinan.
"Memandangkan Erik Ten Hag berminat untuk bertindak sebagai pemerhati bola sepak selepas perlawanan akhir Piala FA, ia benar-benar menarik untuk melihat dia sendiri boleh menjadi pakar kepada dirinya di televisyen.
'Tetapi situasinya sedang kucar-kacir.
"Man United sanggup ke Ibiza dan memaklumkan kepadanya bahawa dia masih dikehendaki sebagai pengurus, dan kemudian Ten Hag mendedahkan bahawa United juga sempat berunding dengan calon lain.
"Ia hanya satu keadaan yang pelik, ia bukan caranya dalam bola sepak. Jika anda akan bercakap dengan pengurus lain maka tidak mengapa, tetapi simpanlah sendiri."
*Artikel disiarkan di Stadium Astro