EPL: Man United tidak cukup bagus - De Gea

Astro Arena
April 10, 2022 13:36 MYT
De Gea mengakui Manchester United kekurangan kualiti yang diperlukan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan. - Stadium Astro
DAVID DE GEA memberikan penilaian buruk terhadap kualiti Manchester United dan mengakui 'amat sukar' untuk mereka menamatkan saingan di empat teratas.
United dikejutkan dengan kekalahan 1-0 ke atas pasukan yang bergelut mengelak penyingkiran, Everton di Goodison Park semalam, dengan gol daripada Anthony Gordon gagal dibalas oleh United untuk meraih sebarang mata.
Ralf Rangnick kini sekadar menang lapan daripada 17 aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai pengendali Red Devils, menjadikan peratus kemenangan hanya kepada 47% -- yang paling teruk dari mana-mana pengurus yang pernah dimiliki kelab dalam pertandingan itu.
Ia merupakan kekalahan kelapan United musim ini -- hanya kali kelapan mereka tewas sebanyak itu dalam satu musim.
De Gea mengakui mereka kekurangan kualiti yang diperlukan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.
"Kami mengetahui lawan kami bergelut dan telah menjangkan perlawanan yang sukar perlu dihadapi United," kata De Gea kepada BT Sport.
"Kami tidak menjaringkan gol, malah kami tidak mencipta peluang yang sesuai untuk menjaringkan gol. Saya tidak tahu apa yang perlu saya katakan, sejujurnya. Kami tidak cukup bagus, itu sudah pasti. Ia akan menjadi sangat sukar sekarang untuk berada dalam empat teratas.
"Sudah tentu, ia bukan suasana yang sempurna. Mereka letih, mereka gugup, tetapi mereka terus pergi dan terus berjuang. Mereka mempunyai keinginan lebih daripada kami, yang tidak boleh diterima. Sungguh menyedihkan untuk kalah hari ini."
#EPL #Manchester United #Liga Perdana Inggeris #Chelsea
;