EPL: Man United kembali bersorak riang, pemain akademi selamatkan maruah The Red Devils

Astro Arena
Januari 26, 2025 07:20 MYT
Lisandro Martinez (tengah) menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan selepas menjaringkan gol pembukaan ketika perlawanan EPL antara Fulham dan Manchester United di Stadium Craven Cottage, London, 26 Jan 2025. (Foto AP)
BEKAS pemain AFC Ajax, Lisandro Martinez, menjadi wira Manchester United apabila jaringannya menghasilkan kemenangan seterusnya membawa pulang tiga mata penuh dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.
Aksi di Craven Cottage itu mengubati kekalahan 1-3 kepada Brighton & Hove Albion di Old Trafford, minggu lalu.
Selepas menewaskan Rangers dalam saingan Liga Europa (UEL), United didorong dengan semangat kebangkitan bagi mengubah kedudukan liga yang sekarang berada di tempat ke-12 dengan pungutan 29 mata.
Sebanyak 12 percubaan dihasilkan Fulham, namun kecemerlangan penjaga gol Cameroon, Andre Onana, menafikan kelebihan tuan rumah sehingga buntu untuk mendapatkan jaringan meskipun 51 peratus penguasaan bola dicatatkan.

It's three points on the road for the Reds #MUFC || #FULMUN

— Manchester United (@ManUtd) January 26, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penyokong The Red Devils bersorak keriangan tatkala pertahanan Argentina itu muncul penjaring tunggal permainan selepas melepaskan rembatan yang terbias di kaki Sasa Lukic berjaya menewaskan bekas posisi nombor satu Arsenal, Bernd Leno, pada minit ke-78.
Toby Collyer menyelamatkan maruah juara Piala FA 2024 itu apabila tandukannya tepat berada di atas garisan dikeluarkan bagi memastikan Manchester United pulang dengan kegembiraan.
#Manchester United #EPL #Fulham #Liga Perdana Inggeris
;