EPL: Man City gagal peroleh kemenangan, perebutan ke UCL semakin terencat

Astro Arena
Mac 15, 2025 06:40 MYT
Abdukodir (dua, kiri) menjaringkan gol sendiri ketika perlawanan EPL antara Manchester City dan Brighton and Hove Albion di Stadium Etihad, Manchester, England, 15 Mac 2025. (Foto AP)
JARINGAN sendiri oleh pemain baru, Abdukodir Khusanov, mengakibatkan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu sekadar memperoleh satu mata selepas seri 2-2 berdepan Brighton & Hove Albion di tempat sendiri, malam tadi.
The Citizen terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi ayam tambatan, Erling Haaland, yang menyempurnakan penalti pada minit ke-11 permainan.
Untuk rekod, bekas penyerang Borussia Dortmund itu telah mengumpul 100 gol biarpun belum mencecah lebih daripada 100 perlawanan sepanjang kariernya.
Pervis Estupinan kemudiannya menggembirakan kem pelawat tatkala berjaya menyamakan kedudukan 1-1 sebelum pemain kebangsaan Mesir, Omar Marmoush, meletakkan semula skuad kendalian Pep Guardiola di depan.
Hasrat jaguh Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu menggenggam tiga mata penuh tidak kesampaian selepas terpaksa berputih mata dengan keputusan seri 2-2 oleh kesilapan yang dilakukan Abdukodir Khusanov.

FULL-TIME | The points are shared.#ManCity | @okx | @citcmancity pic.twitter.com/SUMWTrs6vI

— Manchester City (@ManCity) March 15, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, pencabar terdekat, Nottingham Forest, terus melebarkan sayap kemenangan dan kini menduduki tempat ketiga EPL di belakang Arsenal.
Ini menyaksikan perebutan ke slot UCL musim depan semakin sengit dengan lima pasukan berlumba untuk menamatkan kedudukan liga di tempat terbaik.
"Berbaki sembilan aksi.
"Ia adalah seperti final buat kami. Semua perlawanan sangat sukar.
"Kami tidak tewas, tetapi ia tetap tidak mencukupi," kata Guardiola selepas perlawanan.
#Liga Perdana Inggeris #EPL #Manchester City #Nottingham Forest #Brighton and Hove Albion
;