EPL: Liverpool tetap garang tanpa kelibat Alisson, Fabinho
Sinar Harian
Oktober 16, 2021 06:55 MYT
Oktober 16, 2021 06:55 MYT
LIVERPOOL membuktikan kuasa bola sepak liga Inggeris itu tetap bertenaga walaupun tanpa kelibat dua tonggak Samba, Alisson Becker dan Fabinho apabila membelasah Watford 5-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Vicarage Road pada Sabtu.
The Hornets yang menampilkan reputasi pengendali baharu Claudio Ranieri menggantikan Xisco Muñoz terlebih dulu ketinggalan pada minit kesembilan hasil jaringan Sadio Mane sebelum Roberto Firmino melebarkan kedudukan dengan gol minit ke-37 untuk melabuh tirai babak pertama 2-0.
Bersambung babak kedua, Firmino terus mencipta impak apabila menambah gol ketiga The Reds menerusi jaringan pada minit ke-52 diikuti gol minit ke-54 daripada Mohamed Salah sebelum Firmino melabuh tirai pesta gol pelawat di minit ke-91.
Keputusan di laman lawan itu menyaksikan skuad kendalian Jürgen Klopp itu mengumpul 18 mata manakala anak buah Ranieri pula kekal tujuh mata selepas masing-masing mengharungi lapan perlawanan.
Artikel asal di Sinar Harian