EPL: Liverpool makin hampir pahat nama selaku juara!

Astro Arena
Februari 27, 2025 08:45 MYT
Pemain Newcastle Tino Livramento (kanan) cuba mencabar Dominik Szoboszlai ketika perlawanan EPL antara Liverpool dan Newcastle United di Anfield, Liverpool, 26 Feb 2025. (Foto AP)
LIVERPOOL kini berkelebihan 13 mata di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 ke atas Newcastle United di Anfield awal pagi tadi.
Jaringan daripada Dominik Szoboszlai dan Alexis Mac Allister memberikan kemenangan terbaru Liverpool, manakala penghuni tangga kedua, Arsenal hanya mampu seri di Nottingham Forest sekali gus memberikan ruang terbuka buat The Reds menghampiri gelaran liga.
Dikendali oleh Johnny Heitinga ekoran ketua jurulatih Arne Slot dan pembantu, Sipke Hulshoff, berdepan penggantungan, pendahulu liga itu meneruskan rentak penuh cemerlang ketika saingan berbaki 10 perlawanan.
Di sebalik Szoboszlai yang bertindak sebagai bintang perlawanan, Mohamed Salah sekali lagi terbukti cukup berpengaruh buat pasukan, kali ini bertindak sebagai perancang buat gol yang disempurnakan oleh Mac Allister.

18 - Liverpool have now scored 2+ goals in 18 consecutive games at Anfield in all competitions the longest run of home games with more than one goal scored in succession by an English top-flight club since Sunderland from February-December 1935 (19). Powerhouse. pic.twitter.com/4B81pitfcM

— OptaJoe (@OptaJoe) February 26, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#EPL #Liverpool #Liga Perdana Inggeris #Newcastle United
;