EPL: Liverpool lakar sejarah atas kemenangan Bournemouth
Astro Arena
Disember 17, 2017 07:46 MYT
Disember 17, 2017 07:46 MYT
Liverpool melakar sejarah di atas kemenangan selesa 4-0 ke atas Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Vitality.
Dengan menewaskan The Cherries, skuad bimbingan Jurgen Klopp menjadi pasukan pertama dalam EPL untuk memenangi empat perlawanan berturut-turut di tempat lawan dengan jurang yang melebihi tiga gol.
Rentetan kemenangan ini bermula dengan menewaskan West Ham 4-1, sebelum Liverpool menundukkan Stoke City 3-0 serta membenam Brighton and Hove Albion 5-1 di Stadium Amex.
Mohamed Salah turut meledak gol kelima dalam empat perlawanan ini, dengan Philippe Coutinho, Dejan Lovren dan Roberto Firmino berjaya menemui sasaran ketika menewaskan skuad Eddie Howe.