EPL: Leny Yoro pemain terbaharu sertai Manchester United

Astro Arena
Julai 18, 2024 08:45 MYT
Pertahanan tengah berusia 18 tahun itu akan sah bergelar pemain The Red Devils selepas menyelesaikan ujian perubatannya. - Stadium Astro
MANCHESTER UNITED kelihatan bersungguh-sungguh memperkuatkan barisan generasi baharu pasukan itu apabila mendatangkan seorang lagi pemain muda, Leny Yoro, dari Lille.
Menurut pakar bola sepak, Fabrizio Romano, pertahanan tengah berusia 18 tahun itu akan sah bergelar pemain The Red Devils selepas menyelesaikan ujian perubatannya.
Dia dilaporkan akan menandatangani kontrak lima tahun sehingga Jun 2029.
Menurut Romano lagi, Lille dan United kini sedang mepersiapkan dokumen bagi kesepakatan bernilai 50 juta euro (RM254.22 juta) dengan beberapa syarat tambahan.
Terdahulu, United menandangani penyerang kebangsaan Belanda berusia 23 tahun, Joshua Zirkzee, daripada Bologna.
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#Manchester United #Leny Yoro #EPL #barisan muda #Lille