EPL: Legenda Liverpool dakwa Salah buat 'perjanjian rahsia' dengan Jurgen Klopp
Astro Arena
Mei 2, 2024 08:45 MYT
Mei 2, 2024 08:45 MYT
LEGENDA Liverpool, Graema Souness berasakan Mohamed Salah telah membuat perjanjian rahsia bersama pengurusnya Jurgen Klopp dan Liverpool pada musim lalu untuk kekal di Anfield selama setahun lagi sebelum berpindah pada penghujung musim ini.
Salah merupakan tonggak utama dalam era kegemilangan The Kop dengan rekod jaringan 210 gol dalam 346 perlawanan bersama pasukan itu.
Dia mengesyaki corak perjanjian yang telah Manchester United gunakan dengan menambah tempoh kontrak setahun kepada Cristiano Ronaldo turut dilakukan terhadap pemain berusia 31 tahun itu.
"Terdapat kemungkinan dia telah membuat perjanjian dengan Liverpool pada penghujung musim lalu.
"Terdapat kelab dari Arab Saudi yang mahukan khidmatnya tetapi dia diberikan tempoh satu tahun tambahan lagi.
"Ia seperti Ronaldo berada di Manchester United, mereka memberi pemain itu satu tahun lagi sebelum berpindah ke Real Madrid.
"Dia akan kembali ke negara Islam, bahasa ibundanya, jadi pada usianya kini saya fikir ada peluang ia akan berlaku." katanya kepada talkSPORT. - Stadium Astro