EPL: Leeds United lebur rekod Leicester City

Astro Awani
Februari 1, 2021 08:12 MYT
Pemain Leicester City Marc Albrighton dan pemain Leeds United Jack Harrison beraksi dalam perlawanan EPL antara Leicester City dan Leeds United di Stadium King Power, Leicester, Britain, 31 Jan, 2021. REUTERS
LEEDS UNITED 3 LEICESTER CITY 1
Rekod tujuh perlawanan tanpa kalah Leicester City lebur di tangan kelab Leeds United.
Leicester tunduk 1-3 kepada Leeds.
Tuan rumah terdahulu membuka jaringan pada minit ke-13 menerusi Harvey Barnes.
Namun, kedudukan 1-0 itu hanya untuk waktu yang singkat.
Pelawat menyamakan kedudukan dua minit kemudian menerusi Stuart Dallas.
Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat babak pertama.
Di babak kedua, Leeds bangkit menjarakkan kedudukan dengan gol jaringan Patrick Bamford pada minit ke-70.
Kelab itu menambah satu lagi jaringan di minit ke-84 hasil tendangan Jack Harrison.
Kemenangan mengekalkan Leeds di tangga ke-12, sementara Leicester terlepas peluang mendaki ke tangga kedua liga.
#EPL #Leicester City #Leeds United
;