EPL: Lee Sharpe bersama Astro meriahkan musim EPL 2024/25

Firdaus Azil
Ogos 10, 2024 15:46 MYT
Peminat kini boleh merasai keterujaan menonton setiap perlawanan di Astro, sooka dan NJOI, kini bersama juara tiga kali Liga Perdana Inggeris, Lee Sharpe sebagai pakar pengulas di Astro. - Foto: Astro / Azrul Rafie
KUALA LUMPUR: Dengan bermulanya musim baru Liga Perdana Inggeris 2024/25, Astro sekali lagi teruja membawakan detik perlawanan yang tidak dapat dilupakan, mendebarkan dan juga perlawanan bertaraf bintang.
Peminat kini boleh merasai keterujaan menonton setiap perlawanan di Astro, sooka dan NJOI, kini bersama juara tiga kali Liga Perdana Inggeris, Lee Sharpe sebagai pakar pengulas di Astro, yang akan menyertai Adam Carruthers dan Michelle Lee.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Euan Smith berkata, Astro akan terus menjadi lubuk aksi bagi Liga Perdana Inggeris, dengan membawa kesemua 380 perlawanan kepada para pelanggan, di mana jua mereka berada.
Hanya di Astro anda boleh tonton EPL, tidak kira anda peminat Manchester United, Liverpool atau mungkin Southampton. Sebagai tambahan, selain menonton dengan selesa di rumah anda, kami juga menyediakan pelbagai perkara tambahan yang hebat. Ada kira-kira 7,000 restoran Mamak dan hotel di seluruh negara yang anda dan rakan-rakan boleh menonton EPL bersama-sama.
Kami akan menganjurkan parti bola hampir setiap minggu di seluruh Malaysia. Kami juga meyediakan pakej ganjaran Astro yang luas, sesi 'meet and greet' eksklusif seperti mana kami lakukan dengan Lee Sharpe di sini, sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang,” katanya lagi.
Sebagai permulaan musim yang cukup mengujakan, Astro telah menganjurkan siaran lansung perlawanan di antara Juara Liga Perdana Inggeris musim lalu, Manchester City menentang Manchester United bagi perlawanan FA Community Shield.
Dalam siaran media susulan, Astro berkata, Sharpe yang telah memenangi 10 trofi sepanjang sembilan musim bersama Manchester United, akan membawakan keterujaan dalam setiap ulasan dan juga analisis bagi semua perlawanan.
Peminat boleh mendengar sendiri komen pada setiap detik perlawanan dari bintang ikonik kegemaran mereka ini.
Bagi pelanggan Astro, tidak kira anda peminat Liga Perdana Inggeris, Liga Eropah, atau Liga Malaysia, Astro akan membawakan perlawanan esklusif secara langsung hanya dengan Pek Sports Astro.
Kepada pelanggan baru, saksikan kesemua perlawanan Liga Perdana Inggeris secara langsung menerusi pek Sports Astro bermula dari RM99.99/sebulan.
#EPL #Astro #Liga Perdana Inggeris #Lee Sharpe