EPL: Klopp akur Liverpool-Man City kongsi mata

Astro Arena
November 26, 2023 09:20 MYT
Pengurus Liverpool Jurgen Kloop berjabat tangan ketua jurulatih Manchester City Pep Guardiola ketika perlawanan EPL antara Manchester City dan Liverpool di Stadium Etihad. - Foto AP
PEGURUS Liverpool, Jurgen Klopp, percaya barisan kendalian melepasi ujian getir untuk bangkit mengikat kedudukan 1-1 di Manchester City sambil menegaskan cabaran yang lebih besar akan menyusul.
Dua seteru itu tidak dapat menjaring gol pemisah yang menyaksikan City gagal memanfaatkan beberapa peluang selepas gol ke-50 Erling Haaland - rekod baru Liga Perdana Inggeris (EPL) - sementara Trent Alexander-Arnold menyumbat gol penyamaan pada minit ke-80.
“Bagi kami, saya rasa kami lulus ujian hari ini, saya tidak pasti sama ada itu – ujian itu,” kata Klopp.
“Tahun lalu dengan mengetengahkan pasukan berpengalaman, kami tewas 1-4 dan tidak mempunyai peluang sebenar. Hari ini kami mempunyai terhidang.
“Saya menyaksikan perlawanan ini dan jika anda bertanya siapa yang lebih berkemungkinan untuk memenangi pertemuan ini, jelas sekali ia adalah City.
"Namun, kami juga mencipta peluang dan kami mampu memenangi perlawanan di sebalik City lebih mendominasi.
“Kami tidak pasti adakah kami sehandal City tetapi bukan kerana saya cenderung memihak pasukan sendiri kerana saya juga melihat banyak insiden yang kurang menyenangkan saya.
“Ia adalah minggu yang sangat sukar selepas rehat antarabangsa jadi bagaimana anda mahu menilainya?” - Stadium Astro
#jurgen klopp #EPL #Liverpool #Manchester City
;