EPL: Kemarau 29 tahun Liverpool berterusan

Agensi
Mei 12, 2019 05:14 MYT
Liverpool memungut 97 mata, dipisahkan dengan hanya 1 mata dengan City. - Foto Reuters
Penantian 29 tahun Liverpool untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berterusan apabila terpaksa berpuas hati untuk muncul naib juara musim ini, meskipun menewaskan Wolverhampton Wanderers 2-0 awal pagi ini.
Kejayaan anak buah Juergen Klopp menerusi dua jaringan Sadio Mane di Anfield tidak bermakna selepas Manchester City mencatatkan kemenangan 4-1 keatas Brighton & Hove Albion, sekali gus mempertahan kejuaraan untuk dua tahun berturut-turut.
Lebih memilukan apabila Liverpool memungut 97 mata, dipisahkan hanya satu mata dengan City.
“Selagi City masih beraksi dengan kualiti dan kuasa kewangan sedia ada, bukan mudah untuk mana-mana pasukan untuk memintas. Yang itu pasti,” kata jurulatih dari Jerman, Juergen Klopp.
BACA: Comelnya... anak perempuan Salah tunjuk bakat jaringkan gol
BACA: Man City pertahan kejuaraan EPL
“Liverpool hampir sempurna untuk menjulang Liga Perdana, itu pandangan saya. Musim ini amat panjang dan mencabar. Anda perlu menghadapi kekurangan ini.
“Liverpool sentiasa kompetitif. City mendapat mata yang diperlukan kerana kami berikan saingan. City mendapat 198 mata dalam tempoh dua tahun, itu istimewa,” kata Klopp lagi.
Pada pertengahan minggu lalu, Liverpool meraikan kemaraan ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah apabila menewaskan kelab Sepanyol, Barcelona 4-0 pada perlawanan separuh akhir kedua.
#barcelona #EPL #Juergen Klopp #Liga Perdana Inggeris #Liverpool #Manchester City #Sadio Mane
;