EPL: Kedudukan Arsenal di puncak liga mula tergugat
Astro Arena
Februari 4, 2023 05:16 MYT
Februari 4, 2023 05:16 MYT
PIMPINAN Everton di bawah kendalian Sean Dyche bermula dengan langkah kanan apabila tandukan James Tarkowski memberikan kekalahan mengejut 1-0 buat pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal di Goodison Park.
Everton kelihatan diberikan hembusan nafas baru di bawah kendalian bekas pengendali Burnley, dan ia merupakan hasil dua bekas pemain The Clarets yang bergandingan mendapatkan jaringan kemenangan -- Tarkowski menanduk masuk bola hasil hantaran sepakan sudut Dwight McNeil ketika perlawanan melewati tempoh 60 minit waktu permainan.
Arsenal dikawal ketat oleh Everton dalam persembahan yang agak ganjil daripada skuad kendalian Mikel Arteta, dengan kemenangan buat tuan rumah menyaksikan mereka terkeluar daripada zon penyingkiran buat tempoh seketika.
Selepas mengalami kekalahan kedua bagi musim ini, The Gunners bakal menyaksikan kelebihan mereka bakal berkurangan dua mata lagi apabila Manchester City bertemu Tottenham pada Ahad.