EPL: Hojlund pastikan Manchester United kembali ke landasan kemenangan

Astro Arena
Mei 16, 2024 00:15 MYT
Aksi Hojlund meraikan kejayaan selepas pasukannya memenangi perlawanan EPL antara Manchester United dan Newcastle United di Old Trafford, Manchester, Britain, 15 Mei 2024. - REUTERS
MANCHESTER UNITED 3-2 NEWCASTLE UNITED
Manchester United memastikan harapan untuk mereka bermain di saingan peringkat Eropah terus menyala selepas berjaya melakar kemenangan 3-2 ke atas Newcsatle United dalam perlawanan terakhir mereka di laman sendiri, awal pagi tadi.
Amad Diallo menjaringkan gol pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk meletakkan The Red Devils mendahului 2-1 dalam separuh masa kedua, sebelum Rasmus Hojlund masuk untuk melengkapkan mata dengan jaringan kemenangan pada minit ke-84.
Kobbie Mainoo lebih awal menjaringkan gol pembukaan selepas setengah jam perlawanan, walaupun United diikat kembali dalam awal babak kedua menerusi jaringan Anthony Gordon.

Signing off at Old Trafford with three points #MUFC || #MUNNEW

— Manchester United (@ManUtd) May 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Manchester United #Liga Perdana Inggeris #Newcsatle United