EPL: Hatrik Sterling benam Brighton
Astro Awani
Julai 11, 2020 06:30 MYT
Julai 11, 2020 06:30 MYT
RAHEEM Sterling menjaringkan hatrik ketiga musim ini ketika Manchester City menewaskan Brighton lima kosong.
Kemenangan itu juga mengesahkan kedudukan Manchester City di tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL).
Sterling membuka tirai jaringan pada minit ke-21 diikuti Gabriel Jesus pada minit ke-44.
Manchester City menambah derita Brighton dengan menjaringkan tiga lagi gol. Masing-masing disumbangkan Sterling dan Bernardo Silva.
Manchester City kini di tangga kedua liga dengan 72 mata di belakang Liverpool.
Sementara itu, Norwich City menjadi kelab pertama tersingkir dari Liga Perdana Inggeris musim ini.
Kelab itu akur tumpas kepada West Ham United dengan 4-0.
Pelawat, West Ham United berpesta gol dalam aksi ini.
Gol terhasil pada minit ke-11, 45, 54 dan 74.
Norwich gagal memecah kebuntuan jaringan sehingga tamat perlawanan.
#Bernardo Silva
#EPL
#Gabriel Jesus
#Liga Perdana Inggeris
#Liverpool
#Manchester City
#Raheem Sterling
#West Ham United