EPL: Hatrik Son Heung-min warnai kejayaan Tottenham atasi Burnley

Astro Arena
September 3, 2023 09:30 MYT
Son Heung-min menjaringkan hatrik ketika Tottenham bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengatasi Burnley 5-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Turf Moor malam tadi.
BURNLEY 2 TOTTENHAM HOTSPUR 5
SON Heung-min menjaringkan hatrik ketika Tottenham bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengatasi Burnley 5-2 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Turf Moor malam tadi.
Keputusan itu turut menyaksikan Burnley bimbingan Vincent Kompany masih belum meraih sebarang mata daripada tiga aksi liga setakat ini.
Son memadamkan jaringan pembukaan Lyle Foster pada minit ke-16 dan selepas itu, sebaik Cristian Romero dan James Maddison turut menemui sasaran, dia menjaringkan dua gol lagi dalam tempoh empat minit untuk Spurs merih 10 mata daripada empat perlawanan sejak Ange Postecoglou mengambil alih pasukan itu awal musim ini.
Josh Brownhill kemudian merapatkan jurang itu dalam waktu kecederaan yang ternyata hanya menjadi gol sagu hati buat tuan rumah.

pic.twitter.com/3QwOmAdWrD

— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) September 2, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Son Heung-min #Liga Perdana Inggeris #Burnley #Tottenham
;