EPL: Haaland pastikan City lakar kebangkitan sebelum menang

Astro Arena
September 15, 2024 10:00 MYT
Haaland dilihat menyepak bola semalam perlawanan EPL antara Manchester Citu dan Brentford di Stadium Etihad. - Foto AP
ERLING Haaland meneruskan rentak cemerlang pada permulaan musim baharu Liga Perdana Inggeris dengan dua gol yang membantu Manchester City bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 ke atas Brentford.
Haaland, yang merupakan Pemain Terbaik EPL Bulanan, menjaringkan hatrik berturut-turut dalam dua penampilan namun sekadar menjaringkan dua gol di Stadium Etihad, kini mengumpul 99 gol dalam semua pertandingan bersama City.
Yoane Wissa mengejutkan City pada minit pertama apabila menggunakan peluang terhidang di sebalik masalah komunikasi barisan pertahanan namun ia tidak bersifat lama.
Pakar peledak City itu menyamakan kedudukan buat skuad kendalian Pep Guardiola pada minit ke-19 sebelum menggandakan jaringan yang merupakan gol kemenangan sebelum tamat separuh masa pertama.
Kemenangan itu memastikan City kekal di puncak dengan 12 mata, mendahului tiga mata ke atas Liverpool yang tewas 0-1 di laman sendiri di tangan Nottingham Forest. - Stadium Astro
#EPL #Erling Haaland #Manchester City #Brentford
;