EPL: Haaland bakal setaraf Messi, Ronaldo - Pep Guardiola
Astro Arena
Ogos 19, 2024 09:00 MYT
Ogos 19, 2024 09:00 MYT
Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu, Manchester City, memulakan kempen saingan baru dengan langkah kanan apabila berjaya menundukkan pasukan tuan rumah, Chelsea, di Stamford Bridge, malam tadi.
Sebaik selepas perlawanan, ketua jurulatih, Pep Guardiola, meluahkan pendapatnya mengenai penyerang berbisa, Erling Haaland, yang semakin memberikan impak tinggi setaraf pemain terbaik dunia, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
Perlawanan pertama The Citizen itu menyaksikan atlet berusia 24 tahun itu melakukan penampilan yang ke-100 buat Manchester City selain menyumbat gol ke-91 dalam kemenangan 2-0 ke atas Chelsea.
Secara keseluruhan, ini merupakan musim ketiganya bersama Man City dan sudah terlibat secara langsung dalam 106 jaringan.
"Haaland bakal menggegar dominasi Messi dan Ronaldo yang telah dikawal sejak satu dekad yang lalu," katanya.
Guardiola mengulas lebih lanjut: "Saya mempunyai perasaan bahawa pemain kebangsaan Norway itu akan menjadi lebih baik berbanding musim lalu kerana dia sudah membuat persiapan awal ketika Norway tidak bermain di pentas Euro 2024. - Stadium Astro