EPL: Guardiola jangka semua pasukan cicir mata
Astro Arena
Februari 20, 2022 12:10 MYT
Februari 20, 2022 12:10 MYT
PEP GUARDIOLA telah memberi peringatan yang jelas tentang apa yang mampu ditawarkan Harry Kane buat Manchester City selepas barisan pimpinannya tumbang 2-3 kepada Tottenham.
City memungut 43 mata daripada maksimum 45 mata dalam 15 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) sementara Spurs bakal menempa kekalahan ketiga menjelang pertemuan di Stadium Etihad itu, awal pagi tadi.
Namun, gol berganda daripada Kane termasuk jaringan kemenangan ketika memasuki minit kelima masa kecederaan memberikan kenangan manis kedua pelawat ke atas juara musim lalu itu.
Dia turut memuji tiga penyerang serangkai Tottenham yang diterajui Kane, Son Heung-min dan Dejan Kulusevski yang menawarkan ancaman kepada benteng City apabila berkata kepada Sky Sports: "Ia adalah sentuhan klinikal dan ia satu hantaran silang yang tidak dapat kami patahkan."
City mendambakan khidmat Kane dalam perpindahan awal musim ini sebelum ketua pasukan England itu memilih kekal di Tottenham berikutan kedatangan Antonio Conte di pertengahan musim.
Dengan kelebihan enam mata di puncak, Guardiola masih menganggap saingan musim ini masih lagi terbuka apabila terus dihambat Liverpool: "Saya tidak memerlukan perlawanan hari ini untuk mengetahuinya. Saya menyedarinya sejak sebulan yang lalu.
"Terdapat banyak perlawanan lagi untuk ditempuhi. Banyak pasukan bakal kehilangan mata."
Apabila ditanya mengenai Kane dalam sidang akhbar itu, Guardiola berkata penyerang tidak pernah menjadi buruan serius City walaupun mengakui memang pernah wujud minat sambil menggesa orang ramai agar melupakan kisah itu.
"Dia tidak perlukan sentuhan pemusnahnya hari ini untuk membuktikan kualitinya dengan bola.
"Seluruh United Kingdom mengetahuinya," katanya lagi yang menganggap prestasi Kane bukan sesuatu yang mengejutkan.