EPL: Guardiola diangkat Pengurus Terbaik Liga Perdana Inggeris

Astro Arena
Mei 22, 2024 04:30 MYT
Dengan enam gelaran liga, Guardiola kini berkongsi tempat kedua sebagai pengendali paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris. - Stadium Astro
PEP GUARDIOLA dinobatkan sebagai Pengurus Liga Perdana Inggeris (EPL) Terbaik tahun ini selepas membawa Manchester City memenangi gelaran keempat berturut-turut.
Pengendali dari Sepanyol itu sudah memenangi anugerah berkenaan sebanyak empat kali sejak menyertai kelab itu pada tahun 2016.
Dengan enam gelaran liga, dia kini berkongsi tempat kedua sebagai pengendali paling berjaya dalam sejarah bola sepak Inggeris.
"Anugerah ini adalah hasil kerja keras dan kecemerlangan setiap orang di kelab ini, di semua bahagian.
"Saya bangga dapat menjadi pengurus kumpulan pemain ini dan bekerja dengan jurulatih-jurulatih hebat serta kakitangan sokongan setiap hari.
"Memenangi empat gelaran berturut-turut adalah pencapaian paling membanggakan dalam karier saya. Ini adalah liga paling sukar di dunia dan pesaing-pesaing kami cukup hebat," kata Guardiola.
Guardiola mengatasi pengendali Arsenal, Mikel Arteta, Unai Emery dari Aston Villa, Andoni Iraola (Bournemouth) dan Jurgen Klopp (Liverpool) untuk anugerah berkenaan. - Agensi/Reuters
*Artikel disiarkan di Stadium Astro
#Pep Guardiola #pengurus EPL terbaik #Manchester City #Liga Perdana Inggeris