EPL: Gol berganda James Maddison bantu Leicester raih kemenangan pertama
Astro Arena
Oktober 4, 2022 10:00 MYT
Oktober 4, 2022 10:00 MYT
LEICESTER CITY 4 NOTTINGHAM FOREST 0
Leicester City memastikan kemenangan pertama dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila menewaskan satu lagu pasukan kelompok terbawah, Nottingham Forest, 4-0 di Stadium King Power awal pagi tadi.
Keputusan itu sudah pasti menambahkan tekanan yang sedang dihadapi pengurus Forest, Steve Cooper.
James Maddison menjaringkan dua gol dan membantu satu lagi jaringan yang disempurnakan pemain gantian, Patson Daka, sambil sepakan lencong Harvey Barnes yang menerjahkan gawang turut memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan pertama pasukan seliaan Brendan Rodgers itu sejak Disember lalu.
Leicester seterusnya akan berpeluang mengekalkan momentum kemenangan mereka apabila bertandang ke laman Bournemouth pada Sabtu ini.
Forest pula bakal menantikan kunjungan Aston Villa tiga hari hari kemudian.