EPL: Gary Neville dedah 'bosan' tonton perlawanan Manchester United

Astro Arena
Disember 4, 2023 07:30 MYT
NEVILLE: Saya tidak mahu membuat liputan perlawanan mereka lagi, saya tidak mahu menonton perlawanan mereka lagi, dan itu adalah kenyataan paling menyedihkan. - Foto Astro ARENA
KEKALAHAN Manchester United di Newcastle jelas memberi kesan kepada bekas kapten kelab, Gary Neville, yang mengakui dia tidak mahu lagi membuat liputan mengenai perlawanan kelab lamanya.
United mungkin hanya tewas dengan satu gol, dijaringkan oleh Anthony Gordon pada separuh masa kedua, namun lawan mereka menguasai permainan hampir sepanjang 90 minit.
Skuad kendalian Eddie Howe melakukan 22 percubaan berbanding lapan oleh United, dengan pelawat hanya mencatatkan satu percubaan tepat ke sasaran di St James' Park.
Neville yang berkhidmat bersama Sky Sports sejak beberapa tahun, kerap membuat liputan mengenai perlawanan Manchester United serta perlawanan lain yang melibatkan pasukan utama dalam saingan bola sepak Inggeris. Namun kini, kesabarannya kelihatan semakin berkurangan.
"Saya tidak mahu membuat liputan perlawanan mereka lagi, saya tidak mahu menonton perlawanan mereka lagi, dan itu adalah kenyataan paling menyedihkan yang boleh anda terima terhadap kelab bola sepak kegemaran anda.

"I am tired of my own club." Gary Neville says he has become bored of watching Manchester United following their poor performances in recent months pic.twitter.com/pbvR0zLf0R

— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) December 4, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Apabila anda bosan menontonnya, menjadi letih dengan apa yang dipamerkan oleh pasukan.
"Dan bukan saya sahaja, ramai yang turut menyatakan sejak beberapa minggu lalu, cukup-cukuplah."
Manchester United kembali beraksi pada pertengahan minggu berdepan Chelsea 7 Disember ini di Old Trafford.
#Manchester United #EPL #Gary Neville #liputan perlawanan
;