EPL: Everton tewaskan Liverpool, kemenangan pertama di Anfield sejak 1999
Astro Awani
Februari 20, 2021 07:58 MYT
Februari 20, 2021 07:58 MYT
LIVERPOOL tewas 0-2 kepada Everton dalam aksi di laman sendiri.
Everton pula mencatat kemenangan pertama di Anfield sejak 1999.
Richarlison meletakkan Everton di depan hanya selepas tiga minit permainan bermula.
Dia manfaatkan hantaran dari James Rodriguez untuk menewaskan penjaga gol The Red, Allison.
Kedudukan 1-0 dengan Everton mendahului kekal sehingga tamat babak pertama.
Babak kedua juga menyaksikan pemain Liverpool gagal mencari rentak.
Sadio Mane membazirkan dua peluang untuk menjaringkan gol.
Everton menambah satu lagi jaringan menerusi penalti pada minit ke-83.
Liverpool kini tewas empat perlawanan berturut-turut di gelanggang sendiri sejak 1923.