EPL: Everton bangkit tundukkan Brighton
Astro Awani
November 3, 2018 07:20 MYT
November 3, 2018 07:20 MYT
EVERTON memanfaatkan peluang selaku tuan rumah setelah berjaya menjinakkan Brighton dengan kemenangan 3-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.
Richarlison membuka tirai jaringan dengan menyumbat gol pertama Everton pada minit ke-26.
Sejurus selepas itu, Lewis Dunk bangkit menjaringkan satu-satunya gol buat Brighton pada minit ke-33.
Namun, keputusan seri 1-1 itu tidak lama apabila anak buah Marco Silva terus memberi tekanan dan Seamus Coleman menjaringkan gol kedua Everton pada minit ke-50 perlawanan.
Nyata tidak puas hati, Richarlison terus memberi asakan sebelum menjaringkan gol kemenangan buat Everton pada minit ke-77.
Everton kini berada di kedudukan ke-9 dengan 18 mata.