EPL: Erling Haaland semakin buas
Astro Arena
Ogos 27, 2024 12:41 MYT
Ogos 27, 2024 12:41 MYT
PEP Guardiola memuji Erling Haaland kerana memberi tekanan kepada pertahanan lawan bagaikan haiwan sambil percaya penyerang Manchester City itu berada dalam keadaan fizikal yang lebih baik berbanding musim lalu.
Haaland meledak hatrik ke-10 buat City ketika mereka bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Ipswich Town 4-1 hujung minggu lalu, sekali gus mengumpul empat gol daripada dua penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2024-25.
Pemain Norway itu kini telah menemui sentuhan penyudah sekurang-kurangnya sekali ke atas kesemua 23 kelab EPL, manakala Harry Kane (32/32) merupakan satu-satunya pemain yang pernah menghukum lebih banyak pasukan dalam pertandingan tersebut selain pernah merobek kesemua pencabar berkenaan.
Bagaimanapun, Guardiola cukup kagum dengan usaha Haaland di luar padang dengan berkata: "Saya suka apabila dia banyak melakukan larian.
"Saya gemar apabila dia menekan seperti haiwan. Saya sukakannya. Ia membantu kami untuk mendapatkan gol.
"Apabila anda membantu pertahanan, secara tidak langsung ia mengaitkan anda dengan serangan. Bahasa badannya –- bayangkan seorang pertahanan tengah sedang mengawal bola dan Haaland mula memecut dengan badan dan kaki ini bergerak. Ia sesuatu yang menakutkan.
"Ini tidak boleh dipertikaikan lagi. Jika anda tidak menjaringkan gol, tidak mengapa. Tetapi anda tetap perlu melaksanakan tugas." -- Stadium Astro