EPL: Emery bangga Villa ukir kebangkitan menakjubkan
Astro Arena
April 22, 2024 08:10 MYT
April 22, 2024 08:10 MYT
VILLA 3 BOURNEMOUTH 1
Unai Emery memuji kemenangan memukau seterusnya menutup minggu cemerlang buat Aston Villa yang memerlukan kebangkitan untuk memastikan kemenangan 3-1 di tempat sendiri ke atas Bournemouth, tengah malam tadi.
Setelah ketinggalan satu gol menerusi sepakan penalti Dominic Solanke pada minit ke-31, tuan rumah mengubah kedudukan dengan Morgan Rogers menyamakan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa pertama
Villa terus garang untuk mendahulu menerusi Moussa Diaby dan Leon Bailey yang mengutip umpanan Ollie Watkins yang mencetak 12 bantuan gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Villa sekali lagi meningkatkan impian untuk tiket ke Liga Juara-Juara (EPL) -- tujuh hari selepas menang 2-0 di Arsenal selain kemenangan di Lille yang membawa mereka ke separuh akhir Liga Persidangan Europa.
Dengan baki empat perlawanan liga, pasukan dari Midlands itu kini mendahului enam mata di tangga keempat diekori Tottenham yang mempunyai dua perlawanan dalam tangan.
Pengurus Villa itu berkata dalam sidang akhbar selepas perlawanan: “Minggu yang cukup-cukup baik dan hari ini yang hebat.
“Sudah tentu, tiga mata itu sangat penting dan saya fikir kami boleh berbangga dengan kerja kami dan berbangga atas ketekalan prestasi dan cuba bersaing dengan Tottenham.”