EPL: Dua sepakan penalti beri sinar harapan buat MU merebut tempat ke UCL
Astro Arena
Mac 10, 2024 10:00 MYT
Mac 10, 2024 10:00 MYT
BRUNO Fernandes dan Marcus Rashford meledakkan jaringan melalui dua sepakan penalti ketika Manchester United meraih kemenangan 2-0 walaupun dengan prestasi kurang memuaskan ketika menentang Everton yang sedang diancam penyingkiran, semalam.
Walaupun prestasi skuad kendalian Erik Tan Hag, masih terumbang-ambing dan tidak konsisten pasukan itu tetap berjaya melakar kemenangan selepas mengharungi dua kekalahan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini dan terus membuka peluang buat kelab itu melayakkan diri ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).
"Kemenangan hari ini sangat penting, banyak perkara boleh terjadi, banyak permainan yang akan kami hadapi dan semua pemain cuba merebut tempat dalam pasukan, jadi ketika ini kami kembali meletakkan tekanan pada mereka dan lihat apa yang akan terjadi kelak."
"Bruno menunjukkan permainan yang baik, dia juga menunjukkan semangat berpasukan ketika di atas padang. Bruno Fernandes adalah pilihan pertama tetapi kita mempunyai pakar sepakan penalti yang lain seperti Marcus Rashford dan Casemiro." - Stadium Astro