EPL disambung semula, apa yang anda perlu tahu

Ian Johan Ariff
Jun 17, 2020 17:56 MYT
Stadium kosong, Black Lives Matter dan lima pertukaran pemain untuk EPL kembali.
LIGA Perdana Inggeris (EPL) akan disambung semula bermula Khamis jam satu pagi.
Sebanyak 92 perlawanan perlu dihabiskan dalam tempoh 40 hari menyebabkan banyak perubahan akan dilakukan apabila pandemik COVID-19 memaksa pemain tidak dapat melakukan latihan secukupnya untuk mencapai tahap kecergasan maksimum.
Ini antara perkara yang anda perlu tahu mengenai perubahan yang bakal dilakukan.
1. Semua perlawanan akan dilangsungkan dalam stadium tertutup dengan jumlah pemain dan kakitangan tidak melebihi 300 orang di dalam stadium.
2. Semua nama pada belakang baju pemain akan ditulis Black Lives Matter untuk 12 perlawanan pertama.
3. Pemain juga akan memakai lencana Black Lives Matter dan tanda terima kasih kepada petugas Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) United Kingdom sepanjang musim ini.
4. Setiap pasukan boleh membuat lima pertukaran bagi setiap perlawanan namun perlu dilakukan sebanyak tiga kali sahaja.
5. Sembilan pasukan boleh menyenaraikan sembilan pemain gantian berbanding tujuh pemain sebelum ini.
6. Perlawanan akan dihentikan pada pertengahan setiap babak untuk tempoh tidak lebih daripada satu minit bagi memberi ruang kepada pemain untuk minum air.

Dalam banyak-banyak perubahan, disebalik tidak disarankan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Video Bantuan Pengadil (VAR) tetap digunakan untuk Premier League.
#Black Lives Matter #bola sepak #COVID-19 #EPL #FIFA #koronavirus #Liga Perdana Inggeris #NHS #pandemik #United Kingdom #VAR
;