EPL: Chelsea tandatangani Casadei daripada Inter Milan
Astro Arena
Ogos 20, 2022 03:51 MYT
Ogos 20, 2022 03:51 MYT
Chelsea menandatangani pemain berusia 19 tahun itu dengan kontrak selama enam tahun. - Stadium Astro
CHELSEA mengesahkan bahawa mereka telah mencapai kesepakatan untuk mengikat pemain tengah muda, Cesare Casadei, daripada Inter Milan.
The Blues menandatangani pemain berusia 19 tahun itu dengan kontrak selama enam tahun dan menjadi pembelian terbaru mereka dalam era Todd Boehly di Stamford Bridge.
Pemain remaja kebangsaan Itali, Casadei, menyertai skuad senior Inter pada Februari lalu tetapi tidak dapat melakukan sebarang penampilan bersama kelab itu sebelum mereka terlepas kejuaraan Serie A.
Pembelian Casadei merupakan urusniaga kedua Chelsea bersama bekas pemenang Scudetto itu selepas Romelu Lukaku turut kembali ke San Siro secara pinjaman selepas beraksi hambar di London. -- Stadium Astro