EPL: Chelsea jadi mangsa kelab tercorot

Astro Arena
Februari 18, 2023 06:15 MYT
Pemain berkumpul di keliling Reece James yang cedera ketika perlawanan EPL antara Chelsea dan Southampton di stadium Stamford Bridge, London, 18 Feb 2023. (Foto AP)
CHELSEA 0 SOUTHAMPTON 1
Prestasi buruk Chelsea berterusan apabila tumbang 0-1 kepada kelab tercorot Southampton di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
Malah, mereka bertambah malang apabila kehilangan ketua pasukan, Cesar Azpilicueta, yang menderita kecederaan serius.
Pemain Sepanyol itu diterjah di kepalanya secara tidak sengaja oleh Sekou Mara ketika mempertahankan sepakan sudut pada minit ke-74, yang membawa kepada rawatan selama 10 minit di atas padang sebelum dia dikeluarkan.
Tetapi sebelum itu, mereka terpaksa mencari jalan untuk memadam jaringan sepakan percuma James Ward-Prowse dalam babak pertama, sekali gus menjadikan kelab kendalian Graham Potter berkenaan menempuhi kemarau empat perlawanan liga.
Pengurus sementara Southampton, Ruben Selles, pula pasti gembira dengan tiga mata berharga yang dikutip sejak memecat Nathan Jones sekalipun belum mampu keluar dari zon penyingkiran.
#EPL #Chelsea #Southampton #Cesar Azpilicueta cedera
;