EPL: Chelsea dikejutkan West Bromwich Albion

Astro Awani
April 3, 2021 23:55 MYT
Tuan rumah The Blues terdahulu buka jaringan pada babak pertama menerusi gol pada minit ke-27. - Foto REUTERS
Chelsea dikejutkan dengan kekalahan kepada kelab bawahan apabila tunduk 2-5 kepada West Bromwich Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) lewat malam tadi.
Tuan rumah The Blues terdahulu buka jaringan pada babak pertama menerusi gol pada minit ke-27.
Namun di babak kedua, pelawat mengejar dengan empat gol, pada minit ke-47, 49, 63 dan 68.
Chelsea pula tambah jaringan pada minit ke-71.
West Brom ledak satu lagi jaringan sebelum wisel penamat namun kelab itu masih dalam zon penyingkiran.
#Chelsea #West Bromwich Albion #EPL