EPL: Chelsea catat kemenangan pertama di bawah Tuchel
Astro Awani
Januari 31, 2021 07:23 MYT
Januari 31, 2021 07:23 MYT
CHELSEA 2 BURNLEY 0
Chelsea mencatat kemenangan pertama di bawah kendalian jurulatih baharu Thomas Tuchel.
Dalam aksi di Stamford Bridge pada Ahad, The Blues membenam kelab bawahan Burnley dengan 2-0.
Ini adalah perlawanan kedua buat Tuchel sejak dilantik menjadi pengendali The Blues, selepas yang pertama Rabu lalu.
Gol pertama Chelsea hadir menerusi kapten pasukan, Cesar Azpilicueta.
Dia memanfaatkan hantaran Callum Hudson-Odoi untuk meletakkan Chelsea di depan sebelum babak pertama tamat.
Satu lagi gol The Blues diledak di babak akhir permainan menerusi Marcos Alonso pada minit ke-84.
Kemenangan Chelsea meletakkan ia di tangga ketujuh sementara Burnley kekal di tangga ke-15 liga.