EPL: Brighton benam Tottenham 4-2

Sinar Harian
Disember 29, 2023 08:20 MYT
Aksi Pervis Estupinan meraikan kejayaan menjaringkan gol ketiga pasukan ketika perlawanan EPL antara Brighton & Hove Albion dan Tottenham Hotspur di The American Express Community Stadium, Brighton, Britain, 28 Dis 2023. - REUTERS
ENAM gol tercipta semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Amex ketika Brighton & Hove Albion melayan kunjungan Tottenham Hotspur pada Jumaat.
Perlawanan itu berkesudahan The Seagulls menewaskan Spurs dengan jaringan 4-2.
Anak buah Roberto De Zerbi membuka tirai jaringan menerusi Jack Hinshelwood pada minit ke-11.
Brighton menambah dua lagi jaringan masing-masing menerusi penalti Joao Pedro m-23 dan Pervis Estupinan m-63.
Pedro sekali lagi menyempurnakan penalti-75 bagi meletakkan Brighton dihadapan.
Spurs pula menyumbat dua gol menerusi Aljeo Veliz m-81 dan Ben Davies m-85.
Sementara itu, De Zerbi gembira dengan keputusan itu dan menganggap ia sebagai hadiah akhir tahun kepada peminat.
"Kami mempamerkan permainan menarik sehinggalah pada minit akhir perlawanan.
"Ya, kami kurang bernasib baik kerana gawang dibolosi dan kami perlu akui kesilapan ini.
"Apa pun, ini adalah persembahan terbaik sepanjang pusingan pertama liga," ujarnya.
Pada masa sama, De Zerbi menegaskan dia menyerahkan kepada lembaga pengarah untuk pembelian pemain baharu pada jendela perpindahan Januari ini.
Katanya, Brighton perlu memperkukuhkan lagi pasukan untuk memberi cabaran pada pusingan kedua EPL. - Sinar Harian
#EPL #Brighton & Hove Albion #Tottenham Hotspur #bola sepak
;