EPL: Bintang Chelsea, Palmer lakar sejarah baru ketika ledak empat gol
Astro Arena
September 29, 2024 09:15 MYT
September 29, 2024 09:15 MYT
COLE Palmer menjadi pemain pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris untuk menjaringkan empat gol dalam separuh masa pertama, ketika Chelsea mengatasi Brighton 4-2 di Stamford Bridge.
Palmer menjaringkan keempat-empat gol Chelsea dalam perlawanan yang menampilkan enam gol dalam separuh masa pertama, dengan Georginio Rutter dan Carlos Baleba menemui sasaran buat pelawat.
Tiada pemain berjaya meledak empat gol dalam separuh masa pertama aksi EPL, manakala tiga gol pertama Palmer terhasil dalam tempoh sembilan minit dan 46 saat.
Hanya lima pemain terdahulu menjaringkan hatrik lebih pantas dalam EPL, dengan Sadio Mane merekodkan dua minit 56 saat untuk Southampton ketika mengatasi Aston Villa di 2015.
Gabriel Jesus sebelum memegang rekod selaku penjaring empat gol dalam satu perlawanan EPL, melakukannya dalam tempoh 53 minit ketika Manchester City membenam Watford 5-1 pada April 2022.