EPL: Arsenal sudah atur perarakan julang trofi liga
Astro Arena
Mei 11, 2024 12:33 MYT
Mei 11, 2024 12:33 MYT
BERBAKI dua perlawanan sahaja lagi, bakal juara musim Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/2024, Arsenal, sudah siap melakukan perancangan rapi untuk menjulang piala kejuaraan dengan perarakan bas bersama penyokong di sekitar London.
Pada waktu ini, anak buah Mikel Arteta itu sedang berada di tangga teratas liga dengan jumlah 83 mata di atas pencabar utama, Manchester City.
Menerusi laporan dari The Standard, Arsenal, bakal mengadakan perarakan bas menyambut kejuaaraan bersama peminat setia pada 20 Mei ini.
The Gunners perlu memenangi baki dua perlawanan menentang Manchester United dan Eveton sambil mengharapkan pasukan anak didik Pep Guardiola keciciran mata untuk mengesahkan kejuaraan mereka.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro