LUIS Enrique memuji aksi David De Gea sebagai salah seorang penjaga gol terbaik dunia selepas bintang Manchester United itu menampilkan aksi memukau ketika membantu Sepanyol menundukkan England 2-1 dalam Liga Negara-negara UEFA di Wembley.
De Gea memastikan perlawanan pertama Enrique selaku pengendali skuad La Roja berakhir dengan kemenangan apabila melakukan aksi tangkas menafikan usaha Marcus Rashford dalam babak pertama sebelum terlibat dalam detik kontroversi sehingga menafikan lawan untuk meraih satu mata.
Danny Welbeck menjadikan kedudukan 2-2 tetapi gol itu dibatalkan kerana pengadil mendakwa kekasaran dilakukan ke atas De Gea ketika cuba menangkap bola.
Selepas dikritik hebat susulan persembahan buruk Sepanyol dalam Piala Dunia, di mana mereka tersingkir dalam pusingan kedua di tangan Russia, aksi De Gea ketika bertemu England membolehkannya menerima pujian Enrique.
"Saya sangat gembira dengan persembahan De Gea," kata Enrique.
"Dia merupakan salah seorang penjaga gol terbaik dunia dan telah membuktikannya setiap minggu dalam Liga Perdana Inggeris.
"Saya tidak pernah meraguinya. Kesilapan kadangkala boleh meningkatkan anda."
Dalam masa sama, pemain tengah Atletico Madrid, Saul Niguez, yang menyamakan kedudukan buat Sepanyol dalam babak pertama selepas Rashford meletakkan England di depan, turut menerima pujian Enrique.
"Untuk Saul, saya sangat menyukainya," tambah Enrique.
"Dia memiliki skil dan sangat bijak. Seorang pemain yang sempurna," katanya.
Bagaimanapun, walaupun berpuas hati dengan keputusan yang diraih susulan jaringan kemenangan dariada Rodrigo sebelum rehat, Enrique memberitahu pemain-pemainnya untuk memberi perhatian kepada aksi seterusnya berdepan Croatia.
"Saya rasa kemenangan ini bagus untuk semua. Ia cara sempurna untuk memulakan saingan, menundukkan England di Wembley.
"Bola sepak adalah sesuatu yang terkini dan kemenangan itu kini sudah berlalu. Kami memikirkan tentang aksi seterusnya berdepan Croatia.
"Secara keseluruhan, ia kemenangan yang bagus," ujarnya.
Astro Arena
Sun Sep 09 2018
![Enrique puji aksi De Gea tundukkan England Enrique puji aksi De Gea tundukkan England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/71536471847_LuisEnrique.jpg)
Luis Enrique (tengah) ketika perlawanan antara England dan Sepanyol dalam Liga Negara-negara UEFA di Stadium Wembley, London, 8 Sept, 2018. (AP Photo/Frank Augstein)
Panas sangat! Capybara pun makan ais
Kerana cuaca terlalu panas, bukan sahaja manusia menerima kesannya, malah haiwan juga terasa bahang. Di Rusia, Capybaras yang tinggal di sebuah zoo di Moscow diberi makanan istimewa iaitu ais.
Moscow sangkal kenyataan Trump
Duta Besar Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vassily Nebenzia menyangkal kenyataan calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berkata konflik perang antara Rusia dan Ukraine akan mampu diselesaikannya sekiranya dipilih ke jawatan itu kelak.
Parti Buruh berada di depan berbanding Parti Konservatif
Bagaimanapun, beliau berkata keputusan tersebut boleh berubah jika berlaku peralihan undi atau 'swing vote' menjelang hari pengundian.
Blinken tepis dakwaan Biden tidak berupaya pimpin AS
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Anthony Blinken kesal dengan kritikan yang dilemparkan terhadap prestasi Joe Biden di pentas debat perdana bertemu Donald Trump Jumaat lalu yang disifatkan sebagai tidak bermaya.
Protes di Nairobi belum reda, merebak ke Mombasa
Protes di Nairobi, Kenya yang memaksa Presiden William Ruto untuk melepaskan jawatan, tidak menunjukkan tanda reda malah semakin meluas sehingga ke wilayah Mombasa. Terbaharu, tembakan gas terpaksa dilepaskan terhadap penunjuk perasaan, selain beberapa individu turut ditahan polis.
Pesawat Air Europa mendarat cemas, puluhan cedera
Media antarabangsa melaporkan, pesawat Boeing 787-9 itu terpaksa membuat lencongan dan mendarat di lapangan terbang Natal di timur laut Brazil.
87 angka kematian direkodkan akibat dirempuh
Sekurang-kurangnya 87 mangsa meninggal dunia dalam kejadian rempuhan di sebuah acara keagamaan di utara India, Uttar Pradesh pada Selasa.
Singapura 'sedia secara prinsip' iktiraf Palestin
Dr Vivian Balakrishnan berkata penyelesaian dua negara adalah 'satu-satunya jalan berdaya maju' untuk mencapai penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan terhadap konflik, yang diperjuangkan oleh Singapura secara konsisten.
Kerajaan gesa rakyat Malaysia di Asia Barat daftar segera
Kementerian Luar berkata rakyat Malaysia yang bermastautin atau melancong ke rantau Asia Barat dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan ikuti perkembangan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkaitan.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif ke Malaysia 2-5 Julai
Menurut Kementerian Luar (Wisma Putra), semasa lawatan tersebut, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Seri Perdana.
![200 penerbangan terpaksa dibatalkan di Lima akibat kegagalan landasan 200 penerbangan terpaksa dibatalkan di Lima akibat kegagalan landasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717456375_LimaAirportPartner.jpg)
200 penerbangan terpaksa dibatalkan di Lima akibat kegagalan landasan
Kegagalan itu berpunca daripada litar dalam sistem elektrik lampu di pinggir landasan terminal.
![Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713866416_KhaledNordin.jpg)
Nahas helikopter Lumut: Sambutan Ulang Tahun TLDM dibatal
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sebaliknya ia akan diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat yang akan diadakan Jumaat ini.
![Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713494995_TBcancelflightj.jpg)
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
![Batal lawan Yaman, Papua New Guinea jadi pengganti Batal lawan Yaman, Papua New Guinea jadi pengganti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685505914_HarimauMalaya.jpg)
Batal lawan Yaman, Papua New Guinea jadi pengganti
PERLAWANAN persahabatan antara skuad Harimau Malaya menentang Yaman yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 20 Jun ini terpaksa dibatalkan.
![Tiada permit, forum tampil empat calon Kuala Selangor batal Tiada permit, forum tampil empat calon Kuala Selangor batal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668551342_TiadapermitKuala.jpg)
Tiada permit, forum tampil empat calon Kuala Selangor batal
Penganjur memohon maaf atas pembatalan forum itu yang sepatutnya diadakan di One Plaza pada jam 8 malam.
![PRU15: Debat polisi calon Parlimen Muar dibatalkan PRU15: Debat polisi calon Parlimen Muar dibatalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668440044_syedsaddiq.jpg)
PRU15: Debat polisi calon Parlimen Muar dibatalkan
Program Debat Polisi antara tiga calon yang bertanding di kerusi Parlimen Muar yang dijadualkan berlangsung malam ini, dibatalkan.
![Piala Dunia Qatar: Aksi kelayakan Brazil-Argentina dibatalkan Piala Dunia Qatar: Aksi kelayakan Brazil-Argentina dibatalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51660701073_LionelMessi.jpg)
Piala Dunia Qatar: Aksi kelayakan Brazil-Argentina dibatalkan
Empat pemain Argentina didakwa telah melanggar protokol COVID-19.
![Elon Musk batal pembelian Twitter AS$44 bilion Elon Musk batal pembelian Twitter AS$44 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657322330_ElonMusk.jpg)
Elon Musk batal pembelian Twitter AS$44 bilion
Musk berkata langkah itu diambil selepas syarikat gergasi media sosial itu gagal mengemukakan maklumat tentang akaun palsu di platform itu.
![Vietnam batal penganjuran Sukan Para ASEAN 2021 Vietnam batal penganjuran Sukan Para ASEAN 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51618561169_Parahanoi.jpg)
Vietnam batal penganjuran Sukan Para ASEAN 2021
Ini adalah kali kedua APG dibatalkan susulan pandemik dengan pertama kali membabitkan edisi 2019 di Manila, Filipina.
![Badminton Terbuka Malaysia dibatalkan dua tahun berturut-turut Badminton Terbuka Malaysia dibatalkan dua tahun berturut-turut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71635434492_BadmintonWorldFede.jpg)
Badminton Terbuka Malaysia dibatalkan dua tahun berturut-turut
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini mengesahkan bahawa Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia dibatalkan buat tahun kedua berturut-turut.