Enrique gelisah tiga pemain Barca jatuh sakit
Astro Arena
Januari 28, 2016 08:56 MYT
Januari 28, 2016 08:56 MYT
Barcelona terpaksa menghadapi pusingan kedua suku akhir tanpa kelibat tiga pemain utama, berdepan Athletic Bilbao nanti.
Perkembangan itu memberi cabaran besar buat pengendali Barcelona, Luis Enrique apabila musim demam melanda kem kelab Catalan itu menjelang dua pertarungan penting dalam tempoh lebih seminggu berselang.
Sesi latihan Barca diteruskan sejak dua hari lalu, namun tanpa kehadiran Sergio Busquets, Andres Iniesta dan Arda Turan yang disahkan tidak dapat beraksi.
Keputusan memihak barca 2-1 ketika ini, dengan Bilbao belum pernah meraih sebarang kemenangan di Nou Camp sejak November 2001.
Walaupun begitu, Enrique tetap gelisah apabila terpaksa bergantung kepada keupayaan semasa barca untuk memastikan kemaraan ke separuh akhir.
Pengurus kelahiran Sepanyol itu juga bimbang, kesihatan anak buahnya akan terus terjejas menjelang pertemuan penting berdepan pencabar Atletico Madrid dalam saingan awal Februari ini.
#Andres Iniesta
#Arda Turan
#Atletico Madrid
#Barca
#barcelona
#Liga Sepanyol
#Luis Enrique
#Sergio Busquets